Pendidikan Islam

Welcome to our hello-yakin10 Pendidikan Islam page
Voting

Pages

Wednesday, July 14, 2010

Adab Berdoa Dalam Islam

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..

Ayat Kursi





Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

[sunting] Ayat dan pengertian

Ayat kursi.png

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya

Tuesday, July 13, 2010

PEMIMPIN SILIH BERGANTI




Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu,” Baginda bersabda,“ Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Huraian
1. Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup di dunia tanpa bimbingan daripada para nabi dan rasul.
2. Nabi-nabi dibangkitkan mengikut giliran yang ditetapkan oleh Allah kepada kaum-kaum yang tertentu.
3. Nabi Muhammad merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat.
4. Umat Islam hendaklah taat dan setia kepada pemerintah yang dilantik selagi pemerintahan itu tidak bertentangan dengan syiar Islam.

MUSYKIL?


Soalan :

Apakah hukum kita memakan buah-buahan yang diberi oleh orang bukan Islam yang telah digunakan untuk sembahan (pemujaan) di tokong?

Jawapan:

Adalah haram memakan sebarang makanan yang telah digunakan sebagai bahan pemujaan sepertimana diharamkan memakan binatang yang disembelih
atas nama berhala untuk sembahan dan sebagainya walaupun binatang itu dari haiwan yang halal dimakan.

Sumber : Mufti Selangor

MUSYKIL?


SOALAN : Sahkah sekiranya kita berniat puasa ganti atau puasa sunat dalam mimpi ?

JAWAPAN : Niat memerlukan kita dalam keadaan sedar. Jadi tidak dikira niat dalam mimpi. Jika niat tidak dikira maka puasa juga tidak dikira.


Wallahualam.]=

RESEPI UNTUK BERBUKA PUASA EDISI 2010 #1-AYAM BOXING


Resepi yang mudah dan ringkas untuk berbuka -sedap kalau dicicah dengan sos cili thai



BAHAN-BAHAN:

5 ketul peha ayam

Minyak untuk menggoreng

BAHAN PERAP:

1 biji telur

1 sudu besar tepung kastard

1 1/2 sudu besar tepung gandum

1 1/2 sudu besar tepung ubi

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil serbuk kari

CARA MENYEDIAKAN:

1. Setelah peha ayam dibersihkan, potong isi bahagian bawah. Tetapi jangan sampai putus.

2. Perapkan ayam dengan bahan perap selama sejam.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak atau kekuningan. Angkat dan tuskan minyaknya.


Sumber : Saji Online V2

Adakah anda memahami Islam seperti mana Abu Jahal memahami Islam?



Pelik bukan, mendengarkan tajuk artikel ini. Benar, Abu Jahal dan Abu Sufyan (ketika masih belum terima Islam) mungkin sekali memahami Islam lebih daripada kita ini yang telah bershahadah dan mengaku diri ini sebagai seorang Muslim.

Pelik bukan, bagaimana dua orang tokoh penentang Islam boleh sahaja memahami Islam ini dalam konteks untuk menerimanya. Sehinggakan mereka menjadi penentang yang amat tegar dan penzalim terhadap ummat Islam yang terawal.


Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati
www.iluvislam.com
oleh: tajulrijalannuar
editor: deynarashidi

~~~~~ISLAM ITU INDAH~~~~~